Saturday 21 May 2016

Majlis Penyampaian Sijil, Bacaan Yaasin&Tahlil, Khatam Quran dan Menyambut Kedatangan Ramadan



Majlis kami berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Berkat usaha dan bantuan dari semua pihak akhirnya majlis yang pertama kali diadakan oleh Kumpulan Nur Iman tercapai juga.. 

Majlis kami dimulakan dengan:
*Bacaan yaasin & tahlil
*Acara Khatam Al-Quran
*Sedikit marhaban menyambut kedatangan Ramadan

Semua ambil tempat masing-masing

Setelah itu, kami teruskan majlis dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada semua ahli Kumpulan Marhaban Nur Iman PPKPP Seksyen 20, Shah Alam. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh SI Abas Abd Jalil, Pengerusi Penduduk dan Puan Rohani Arshad, Pengerusi Wanita.

Sijil dan foto-foto didalam fail telah sedia utk diagihkan
kepada penerima semua.
Doorgift untuk ahli yang banyak berjasa dalam
kumpulan ini.
Tu diaaa, antara penerima sijil pada hari ini.
Suka yerr dapat sijil ^^


Bergambar bersama SI Abas & Pn. Rohani.

Yayyy! dah selesai semuanya. Fuhhh lega~
Acara seterusnya?????
Apa lagi, pakat-pakat kita menjamu selera ye semua. Makanan ada yang dibawa sendiri oleh ahli marhaban & ada juga menempah katering untuk makan tengah hari. 



Majlis dah selesai, we-fie sikit lah, hihii~

Terima Kasih sahabat semua. Love uolls ^^

No comments:

Post a Comment

UNTUK SEBARANG KERAGUAN/PERTANYAAN SILA RUJUK KUMPULAN MARHABAN NUR IMAN PPKPP SEKSYEN 20, SHAH ALAM @ 2016