Sunday 29 May 2016

Majlis Cukur Jambul Petaling Jaya

Bergambar bersama keluarga Tuan Rumah ^^

Alhamdulillah hari ini kami berjaya menyempurnakan majlis Cukur Jambul di Petaling Jaya..

Majlis yang sangat simple, tapi tempat dia sangat cantikkkk 😍😍 *majlis di atas bumbung condo.. haha (rooftop)*
Kami sampai je situ.. tak tunggu apa dah..
semua pakat keluarkan phone.. nak selfie.. hihi📷✌

Umur bukan penghalang untuk kami beraksi di hadapan lensa.

Terima kasih kepada D'ALIS DECO, selaku event planner yg memberi peluang kepada kami untuk menyertai majlis ini. Pertama kali Kumpulan Marhaban Nur Iman PPKPP Seksyen 20, Shah Alam beraksi di Petaling Jaya.. nasib baik kami tak sesat menuju ke destinasi 💕 mujur ada WAZE  🚘
Cantik pelamin, ditambah dengan merah cili tudung kami.
hahaa


Atas permintaan Tuan Rumah, kami memulakan majlis ini dengan:
✔Bacaan Yaasin
✔Marhaban
✔Doa & Selawat
✔Cukur Jambul
Sahabat^^


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Terima Kasih kepada sahabat semua.. Love you all 🌷💖

Saturday 21 May 2016

Majlis Penyampaian Sijil, Bacaan Yaasin&Tahlil, Khatam Quran dan Menyambut Kedatangan Ramadan



Majlis kami berjalan dengan sempurna seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Berkat usaha dan bantuan dari semua pihak akhirnya majlis yang pertama kali diadakan oleh Kumpulan Nur Iman tercapai juga.. 

Majlis kami dimulakan dengan:
*Bacaan yaasin & tahlil
*Acara Khatam Al-Quran
*Sedikit marhaban menyambut kedatangan Ramadan

Semua ambil tempat masing-masing

Setelah itu, kami teruskan majlis dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada semua ahli Kumpulan Marhaban Nur Iman PPKPP Seksyen 20, Shah Alam. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh SI Abas Abd Jalil, Pengerusi Penduduk dan Puan Rohani Arshad, Pengerusi Wanita.

Sijil dan foto-foto didalam fail telah sedia utk diagihkan
kepada penerima semua.
Doorgift untuk ahli yang banyak berjasa dalam
kumpulan ini.
Tu diaaa, antara penerima sijil pada hari ini.
Suka yerr dapat sijil ^^


Bergambar bersama SI Abas & Pn. Rohani.

Yayyy! dah selesai semuanya. Fuhhh lega~
Acara seterusnya?????
Apa lagi, pakat-pakat kita menjamu selera ye semua. Makanan ada yang dibawa sendiri oleh ahli marhaban & ada juga menempah katering untuk makan tengah hari. 



Majlis dah selesai, we-fie sikit lah, hihii~

Terima Kasih sahabat semua. Love uolls ^^

Friday 20 May 2016

Persiapan Part 2




🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Alhamdulillah, dah selesai pun persiapan semua.
Jom kengkawan balik umah rehat..
Siapkan diri masing-masing utk majlis esok ye..

Selesai sudah bahagian bunga telur ni..


^^


Kamar Ilmu pun dah siap.


Mek Za dah rasmikan dulu dah ^^


Jangan lambat ea esok 💃💃..

Semuanya nampak bersemangat.. hihii..
maklum lah esok nak terima diploma
(dah 3 tahun berkhidmat di kuarters dlm kumpulan ni)
-kitorg pun dapat Diploma tau.. hehee..
dah umur2 camni baru nak dapat diploma.. huhuu..

Okay lah semua.. Goodnight sahabat.. Love uolls ♡♡♡

Persiapan Part 1

Salam Jumaat semua ^^


Hari ni kami semua membuat persiapan untuk majlis kami esok.
Semua orang tak sabar tunggu esok ni.
Tugasan semua dah diagihkan,
dan semua orang sama sama bertungkus lumus buat tugasan masing-masing. 

Lokasi pertama: Rumah Persatuan
Acara memasukkan telur ke dalam bunga telur. 

Ceria semua sahabatku

yang ni acara memasukkan gambar ke dalam fail,
memerlukan kesabaran yang tinggi nak buat nihh, hihii


Kami, gambar & fail

Lokasi kedua: Kamar Ilmu
Menghias tempat kejadian, letak tirai dan hiasan

Banyak lagi yang perlu diselesaikan harini.
Macam mana lah hasilnya nanti kan..
Tak sabar pulak nak tengok.
Doakan semuanya berjalan lancar.
Love uolls ^^



Saturday 14 May 2016

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul


Alhamdulillah terima kasih kepada Puan Nora & suami atas jemputan untuk menyempurnakan majlis aqiqah & cukur jambul anak perempuan mereka di Saujana Residency, Subang Jaya. 
Majlis berjalan dengan lancar dan sempurna semuanya. Semoga baby Maryam Rose sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Amiin.
Jemputan ini adalah hasil daripada perkongsian kami dalam blog ini. Syukur Alhamdulillah^^

Kumpulan Marhaban Nur Iman bersama Puan Nora dan keluarga :)

:)

Menjamu selera setelah selesai majlis.
Hidangan pelbagai masakan kambing yang menyelerakan.
Alhamdulillah.

Terima kasih sahabat-sahabat yang turut sama sama menjayakan majlis ini.
Love uolls ^^


Sunday 1 May 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK KAK MAR

Pada tanggal 1 May 2016, kami telah dijemput ke Majlis Perkahwinan Anak Kak Mar yang bertempat di Dewan Kamunting, Sri Muda, Shah Alam.

Ahli kumpulan kami bersama Kak Mar(berbaju kurung biruu)

Cantik tak? Hehee.. Kami pakai jubah berwarna dark purple yang kebetulan nampak timbul atau orang sekarang cakap nampak kontra dengan tema pelamin. :D

Kami mempersembahkan persembahan seperti:
1)Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammmad SAW.
2)Marhaban sebagai pembuka majlis walimatul urus.
3)Doa untuk pengantin, keluarga pengantin dan para tetamu yang hadir.

Persembahan kami di atas pentas pelamin pengantin.
Bergambar bersama semua ahli kumpulan yang hadir menjayakan persembahan di majlis ini.

Belanja selfie sikit.

Belanja selfie lagi satu, hehee..
Terima kasih untuk semua. Love you all ^^

UNTUK SEBARANG KERAGUAN/PERTANYAAN SILA RUJUK KUMPULAN MARHABAN NUR IMAN PPKPP SEKSYEN 20, SHAH ALAM @ 2016