
Hari ini kami Kumpulan Marhaban Nur Iman telah di jemput untuk meraikan perkahwinan dua pasang pengantiin iaitu anak kepada
En. Mat Noor & Pn. Rohani (Pengerusi Wanita PPKPP Seksyen 20, Shah Alam)
Majlis berjalan dengan meriah sekali, dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai sehingga ke petang. Kami bukan je ber-marhaban tapi masing-masing diberi tanggungjawab untuk meraikan kehadiran tetamu.
Seronok majlis tadi, sebab kitorang kat sini buat keje ramai-ramai (rewang). Suasana macam di kampung, rasanya kat kampung pun tak meriah macam kat sini. Maklumlah dah lama tinggal sini, masing-masing dah akrab.
Terima kami ucapkan kepada Kak Ani kerana menjemput kami semua ber-marhaban.
Terima kasih jugak kepada sahabat-sahabat yang turut menjayakan majlis ini.
Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.






























No comments:
Post a Comment