Sunday 4 December 2016

Majlis Aqiqah di Padang Jawa

Alhamdulillah hari ni selesai majlis aqiqah di Padang Jawa, Shah Alam.

Terima Kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kumpulan Marhaban Nur Iman.

Kami doakan supaya anak ini sihat dan menjadi anak yang soleh dan berbakti untuk kedua ibu bapa. Amiin..

Terima kasih juga kepada semua sahabat yang menjayakan majlis ini.
Love y'all 


Saturday 3 December 2016

Marhaban di Majlis Perkahwinan Putera dan Puteri En. Mat Noor & Pn. Rohani



Hari ini kami Kumpulan Marhaban Nur Iman  telah di jemput untuk meraikan perkahwinan dua pasang pengantiin iaitu anak kepada
En. Mat Noor & Pn. Rohani (Pengerusi Wanita PPKPP Seksyen 20, Shah Alam)

Majlis berjalan dengan meriah sekali, dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai sehingga ke petang. Kami bukan je ber-marhaban tapi masing-masing diberi tanggungjawab untuk meraikan kehadiran tetamu.

Seronok majlis tadi, sebab kitorang kat sini buat keje ramai-ramai (rewang). Suasana macam di kampung, rasanya kat kampung pun tak meriah macam kat sini. Maklumlah dah lama tinggal sini, masing-masing dah akrab.

Terima kami ucapkan kepada Kak Ani kerana menjemput kami semua ber-marhaban.
Terima kasih jugak kepada sahabat-sahabat yang turut menjayakan majlis ini.
Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah.


UNTUK SEBARANG KERAGUAN/PERTANYAAN SILA RUJUK KUMPULAN MARHABAN NUR IMAN PPKPP SEKSYEN 20, SHAH ALAM @ 2016