Saturday, 17 September 2016

MAJLIS AQIQAH di Teluk Panglima Garang

Hari ni kami menerima jemputan di Teluk Panglima Garang. Terima kasih kepada Pn. Wan Farah Nor Amira selaku tuan rumah.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Okay tak nak cakap banyak, jom kita layan gambar! 
Bersama keluarga tuan rumah
Majlis berlangsung
Enak menjamu selera. Alhamdulillah

Terima kasih juga kepada rakan rakan seperjuangan yang terlibat. 
Love you all 💕🌹

Thursday, 15 September 2016

Berendoi dengan alunan Marhaban

Apa khabar semua ? Hari ni saya (Pn. Norul) nak share kat anda semua majlis berendoi & marhaban menyambut kelahiran anak sedara saya Athirah Hafiya 

Untuk pengetahuan semua, saya memulakan legasi marhaban ni dengan dorongan daripada ibu saya, Puan Hazizah. Beliau menetap di Perak. Sejak zaman muda lagi, ibu saya ni telah berkecimpung dalam marhaban, berzanji. Seriously lunak sungguh suara beliau dengan bacaannya, tajwidnya, mahrajnya. Jadi disini jelas bahawa saya meneruskan jejak beliau dalam dunia marhaban ini. Ibu saya adalah guru dan tempat rujukan kami, Kumpulan Marhaban Nur Iman.

Okay berbalik kepada MAJLIS ye, hehe. Ibu saya ajak saya join marhaban untuk majlis anak sedara saya ni asbabnya kerana ahli-ahli marhaban beliau semua umur pun dah makin lanjut, tenaga pun tak macam 20tahun dulu. Huhuu. *fahamkan? Kalau takfaham buat2 faham ye ✌*

Orait! Jom layan gambar-gambar sepanjang majlis.
Sesi memujuk
tuan puteri sayang
Lena dibuai buaian
Buai ini dihias oleh sepupu saya, Saodah :)
Majlis marhaban berlangsung 🌹
Baby girl bersunat.

Saturday, 3 September 2016

MAJLIS AQIQAH Puteri kpd Pn. Diyana -Sunway Kayangan


MAJLIS AQIQAH Puteri kpd Pn. Diyana -Sunway Kayangan


Hari ni kami dijemput untuk meraikn majlis Aqiqah di kawasan Sunway Kayangan.

Tema kami hari ini adalah warna "Kuning" sekali pandang macam tema lebah pun ada.. hihii.. but cantik sangat ^^

Seronok dapat selesaikan majlis dan yang paling penting dapat bergambar sebagai kenangan bersama tuan rumah & juga sahabat-sahabat tersayang~ hihii 

Terima Kasih Pn Diyana & keluarga kerana menjemput kami ;)

Terima Kasih kepada semua sahabat yang terlibat 💕

Ĺove you all 


UNTUK SEBARANG KERAGUAN/PERTANYAAN SILA RUJUK KUMPULAN MARHABAN NUR IMAN PPKPP SEKSYEN 20, SHAH ALAM @ 2016