Thursday, 21 April 2016

Minum Petang Bersama Geng Nur Iman

Semalam, lepas habis latihan marhaban.. ada yang pelawa ajak gi makan ABC ramai-ramai.. best jugak ni.. dah lama tak pekene ABC.. lagi lagi dengan kawan kawan semua.. memang syok lahh.  Hihii.. Pergi makan kat Seksyen 19, Shah Alam.

Amboi Kak Ina, sukanya dapat ABC yeee.. hihii
Kami & ABC
Alang alang kami dah sampai kat Seksyen 19 ni, kami singah ke Salam Medical Centre. Pergi ziarah saudara se-kuarters(*selalu sekampung kan, tapi kami duduk dalam kuarters). Kami turut singgah KPJ Selangor Seksyen 20.

Sempat bergambar di KPJ sahaja.

Alhamdullilah untuk semuanya.. Love u all ^^

Sunday, 17 April 2016

Minat Nak Tempah??


Apa apa just contact 012-2648098(Pn. Norul) seperti yang tertera di atas.
Kawasan Shah Alam utamakan.
Area Klang & lain-lain kawasan, boleh bincang dengan Puan Norul. 

LATAR BELAKANG KUMPULAN KAMI.....

Assalamualaikum.

Kumpulan Marhaban Nur Iman PPKPP Seksyen 20 Shah Alam ini ditubuhkan di awal tahun 2013.

Masa ni ahli kitorang tak ramai pun, biasalah kumpulan baru kan.. Ada dalam 6 orang je. Masa tu berlatih pun kat umah saya (Norul).. untuk suka suka je..
Antara kawan-kawan yang join masa tu:
Maria
Ana Blok 5
Aizie
 Rozie
Yati Blok 5
Saya ^^
------14/03/2013------

Hari demi hari ahli kumpulan ni makin bertambah menjadi 13 orang ahli. Ahli yang baru masuk tu ialah:
Pah
Nor
Milah
Yati Blok 6
------9/05/2013------

Maimon
Mama
------13/6/2013------

Ita
------26/6/2013------

Kan selama ni berlatih kat umah saya, bila ahli dah semakin meningkat ni agak sukar lah untuk kami semua nak berlatih di dalam rumah saya... lepastu saya mintak kebenaran untyk gunakan rumah persatuan. Kami pun berlatih lah di situ setiap minggu(Rabu shaja).

Tiga persembahan sulung kami bertarikh 26Jun, 7July & 31Ogos 2013 dalam Kuarters Polis sebagai promosi dan juga untuk memberanikan diri kami membuat persembahan akan datang. Semua ni kami buat tanpa bayaran. Mungkin kerana melihat persembahan atau semangat kami, ahli kami semakin bertambah.
Za
Ani
Ros
------26/08/2013-----

Ila
------19/09/2013-----

Normah
------13/10/2013-----

Che Nu
------10/10/2013------

Sekarang ahli semua ada 18 orang. Kami mula menerima tempahan majlis yang berbayar. Antara majlis yang kami hadiri akan saya ceritakan di entri akan datang.
Majlis berbayar yang pertama kami adalah di rumah Kak Ila Blok 9 (Kenduri Kahwin) pada 3/11/2013.

2014

Tahun demi tahun, kami mula mendapat berbagai tempahan seperti cukur jambul, bacaan yasin, majlis doa selamat dan lain-lain. Antara yang masih saya ingat sepanjang tahun 2014, kami mendapat tempahan majlis di rumah Kak Zah Azmi Blok 6, Persembahan Maulidur Rasul di Surau Al-Amin, Majlis Kawin anak Kak Ton(1/3/2014) & Kak Zah (23/3/2014).


Marhaban di Majlis Perkahwinan


Majlis Cukur Jambul


Majlis Maulidur Rasul PPKPP Seksyen 20.


Sambutan Maulidur di Seksyen 16

2015 hingga kini

Tahun 2015 ni Kumpulan Nur Iman PPKPP Seksyen 20, Shah Alam mendapat banyak jemputan, ahli pun telah bertambah menjadi 22 orang hingga kini. Antaranya:
Mar
Izan
Murni
Ana Blok 6
Kumpulan kami semakin dikenali hingga ke pengetahuan pihak luar Kuarters Polis. Pada 1/8/2015, pihak PERWANI telah menjemput kami untuk memasuki pertandingan selawat. Alhamdulillah, dalam 20 kumpulan yang menyertai pertandingan itu, kami mendapat tempat yang ke-4. Ini adalah pencapaian yang tidak diduga kerana kami masih amat baru lagi berbanding dengan kumpulan senior yang lain.


Pertandingan Selawat anjuran Perwani Shah Alam.


Bergambar bersama Pengerusi PPKPP Seksyen 20, SI Abas & isteri.
UNTUK SEBARANG KERAGUAN/PERTANYAAN SILA RUJUK KUMPULAN MARHABAN NUR IMAN PPKPP SEKSYEN 20, SHAH ALAM @ 2016